3 January 2018

Bersawang

Bukan tak rindu nak berblog, tapi entah, sering ja cipta alasan untuk diri sendiri, susah la, lambat la, renyah la, macam2 lagi, paling win alasan takda masa, haha. maklum la ibu beranak dua dah sekarang.

Dua tahun dah tinggal rumah sendiri dengan keluarga kecil, alhamdulillah, tercapai juga impian nak duduk rumah sendiri biarpun hanya rumah sewa, syukur sangat2!! Tercapai impian nk deko dapur sendiri, hias rumah tanam pokok, pokok kaktus dah berusia setahun setengah dah, sapa kata pokok kaktus dari cameran tak hidup di negeri lain, ada la sepokok dua yang ak dapat survive tapi alhamdulillah dah lebih 15 pokok dah, siap boleh semai lagi, hihihi

now sibuk meniaga sweater, ready stok, alhamdulillah, ni lagi satu Allah bagi rezeki, boleh pegang stok sendiri, kalau nak tgk stok boleh klik kat link ni FB PAGE dan ni INSTAGRAM

23 January 2017

Lirik Lagu Demi Cinta - Ezad Lazim

Aku pernah terbaca di post fb. Seorang kenalan aku tulis, lriik lagu ni sedih. Menitis air mata, aku abaikan ja. Ya. Memang aku tak tahu pun lagu ni. Apatah lagi liriknya. Hari ni sengaja aku search dan aku amati setiap bait liriknya. Ternyata air mata aku juga gugur. 

Lirik Lagu Demi Cinta - Ezad Lazim

Ku sedar ku berdosa
Kerna sering menyakitimu
Membuatkan kau terluka
Berteman rasa kecewa

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

14 January 2017

NASIHAT BUAT PASANGAN YANG DAH BERKAHWIN

NASIHAT BUAT PASANGAN YANG DAH BERKAHWIN

Sebuah perkahwinan itu bukan mengenai AKU.

Clichè. Memanglah bukan mengenai AKU. Tapi ia mengenai AKU dan KAU.

Berapa ramai orang yang mendabik dada mencanang cinta yang takkan mati, cinta aku dan kau, walhal kehidupan dalam rumah tangganya hanya berkisar tentang AKU.

"Aku ke je yang buat keje. Dia balik-balik terus tidur rehat. Ingat aku kuli ke?"

"Dia ni tak memahami aku. Asyik aku je yang mengalah, dia asyik nak menang je!"

"Awak tak pernah tukar pampers anak, asyik aku je yang buat! Awak ni pasangan yang teruk!"

Ayat-ayat clichè selepas beberapa tahun berkahwin.

Bahkan, wujud juga pasangan yang meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada pasangannya di Media sosial. Apakah semua ini? Seolah membuka aib pasangan di khalayak umum. Mengapa perlu sebegitu.

Mungkin kita lupa, bahawa kita berkahwin dengan manusia, bukan malaikat..

Mungkin juga kita lupa;

"Sebaik-baik kalian adalah mereka yang paling baik terhadap isteri dan aku adalah yang terbaik diantara kalian terhadap isteriku." ( HR. Tirmizi)

Dan..

“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah, akan menaatinya, dan bila dia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya..”
(HR. Abu Dawud)

Terlalu ramai yang lupa status dirinya dalam sesebuah perkahwinan.

Isteri lupa untuk tunduk dan taat pada suaminya.

Dan suami lupa untuk mengasihi dan berbuat baik pada isterinya.

Kebahagiaan sesebuah perkahwinan itu bukan diukur dari hebatnya puitis dan swafoto/selfie mesra dia alam maya.

Bukan juga diukur dari gahnya harta dan berapa banyak bilangan negara yang telah dilawati.

Malah jauh sekali diukur dengan berapa banyak 'like' dan 'follower'..

Mawaddah(cinta) wa rahmah(kasih sayang) yang sebenar adalah apabila si suami merendahkan ego dan menghargai serta membantu sang isteri dalam hal rumah.

Juga apabila sang isteri menjaga lisan dari biadap dan mengeluh kesah dan membanting tulang menguruskan rumah dan keluarga.

Juga apabila saling bantu membantu menegakkan kalimah Allah, berhempas pulas mengajak manusia kepada Allah, serta saling memberi semangat pabila salah satu pasangan sedang futur dan putus asa.

Kerana yakin dengan janji Allah bahawa syurga itulah satu-satunya tempat beristirehat.

Mana mungkin dunia ini menawarkan kerehatan dan kemanisan setiap masa!

Itulah ketenangan.
Itulah kasih sayang.
Dan, itulah keberkatan...

Jangan sia-siakan sesebuah ikatan halal hanya kerana hal picisan dan emosi. Kerna syurga menanti mereka yang sabar dan bersyukur!

C/p dari group whatsapp...

23 December 2016

Kenal saya lagi kah?

Assalamualaikum...

Sejak2 aktif kat facebook dan instagram ni, dah jarang sangat post kat blog. Kenal saya lagi tak? Lama tak join givaway, lama tak buat giveaway. Dah tak macam dulu dah. Apa pun nak tahu tak apa saya buat kat fb dan ig. Saya meniaga sekarang, meniaga baju. Macam-macam jenis. Lebih mudah PAKAIAN. Jubah, dress, blouse, baju kurung, baju kebaya, joggerpants, sweater, sweatshirt, joggerpants plus saiz, jogger pants budak, turban baby ( klik link INI untuk tgk turban baby )

Link kedai2 online saya...

Kedai fb http://m.facebook.com/ezyraclothing/

Kedai ig https://www.instagram.com/ezyraclothing/

Boleh la kalau nak like dan follow. InsyaAllah akan selau update.

Macam mana boleh terjebak ni. Actually lama dah teringin nak meniaga ni. Cuma tersekat sikit dengan sesuatu. Tp bila yg tu rasa mcm tak boleh, tak kena dengan jiwa, terus la mintak nasihat sifu, sifu cakap just go on dengan apa yg kita minat, bulan April tahun ni terus create ig ezyraclothing dan tukar page fb dari nazirahnyerr kepada ezyra clothing. Alhamdulillah dah lebih 1k like dan follower utk keduanya. Syukur sangat. Doakan saya terus maju.

Jangan like fb page saya dan follow ig saya. InsyaAllah saya akan update juga dalam blog ni. Sebab blog ni kesayangan saya yg pertama. Mana boleh biar berhabuk camtu jer  hihi.

Dulu kat sini selalu update pasal anak dan kehidupan peribadi. InsyaAllah akan kekal begitu cuma sikit2 selit bab niaga. Nak bagi orang tahu. Hihi. Perkembangan terkini anak sulung Ainul Mardhiah dah 2 tahun 6 bulan
Anak kedua Amir Amzar dah setahun sebulan. Kjap ja masa berlalu. Ok ada aasa saya menulis lagi. Tq sudi baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™