29 October 2012

MATA AKU...

28 oktober 2012

AKU SEBENARNYA RABUN.. ;-(

Sedih kan, aku g buat spek dengan abang. buat spek baru sbb power dah naik, kanan dari 25 jadi 75, kiri dari 75 jadi 100. tinggi kot. patut la pakai spek lama tak nampak dah sebab power rendah, silap aku juga g buat kedai yang tah apa2! check mata pun budak2 ja yang check, maksud aku pekerja biasa yang aku tak yakin pun dia pandai check, gaya dia check macam sambil lewa ja mata aku ni, boleh plak dia bagi aku pakai spek robot tu n suruh aku berdiri kat depan kedai dia n tanya aku nampak tak banner kat depan tu, perghh, malu kott. memang la dalam bangunan, tapi ramai orang dok lalu lalang! memang takk la aku nak g kedai tu lagi!

aku buat spek baru ni bukan apa, sebab tak nampak tulisan kat screen dalam bilik kuliah, payah la nak belajar, tambah kalau libatkan kira2, hmm. ni la susahnya jadi rabun. bersyukurla sapa2 yang ditakdirkan mata elok! mata aku pun sebelom ni ok ja, huhu.

ni gambar aku pakai spek lama..

Dec 2011

* spek baru tak siap lagi, nanti dah g ambik aku upload pic pakai spek baru plak yer..
apa pun terima kasih kepada abang kerana membiayai suma kos spek baru aku, berapa nilainya biarlah rahsia. thanx for everything sayang. aku tahu abang tak suka aku pakai spek, sebab abang taknak anak2 kami rabun, tapi aku bukan rabun keturun, insyaAllah anak2 kami tak ikut aku, abang jangan risau yer sayang...;-)

2 comments:

IntaNBerliaN said...

power nazirah kira xtinggi sgt lg la kan..

NaZiRaH @ Ezyra said...

tak sangat akak, tak sampai 200 lagi.. tapi klu bagi yg mata normal n jadi rabun rasa tinggi juga la..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™