22 January 2013

SUBJEK YG AKU AMBIK SEM DEPAN, SEM 4..


  1. GMGA 2023 DASAR AWAM
  2. GMGA 3063. PENGURUSAN PERBANDINGAN
  3. GMGM2023 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI SEKTOR AWAM 
  4. GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN
  5. GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM
  6. SBLE 2013 PROSES WRITING
  7. SSQL1113 STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL


Dengar cerita, GMGA 3063. PENGURUSAN PERBANDINGAN tu untuk budak sem 6 ja, kena ambik sekali dengan satu lagi subjek, kira ada partner la, memang untuk budak sem 6 ja, huhu, mungkin sem depan  akan TERdrop sendiri, terpaksa la cari lagi satu subjek untuk di add balik, nak bagi cukup 7 subjek.

Terpulang pada kita nak add berapa subjek pun, janji bila nak grad nanti dia nak cukup syarat yang ditetapkan, nak explain lebih2 pun aku dah lupa syarat nak graduate, nak kena kaji dalam buku panduan balik, huhu.

Satu lagi, aku baru tau budak2 U susun jadual sendiri, sesuka hati ja nak atur pukul berapa, heavennya, cuma azab time nak add subjek ja, bila dah lepas, suma ok. Jadual dia pun simple, tak pening, sebab Ahad akan sama dengan Rabu, Isnin akan sama dengan Khamis, selasa budak UUM jarang ada kelas, kalau terdesak baru la orang nak add kelas hari selasa tu,.Contoh macam aku, sem 1 ja aku ada kelas hari selasa, itu pun direct 3 jam, 8 pagi sampai 11 pagi, perghhh, sebabnya dia gabung 2 kelas terus dalam 1 hari. Sem 2 n sem 3 aku susun jadual bagi hari selasa free. Jadual sem depan pun sama, sem depan aku susun kelas Ahad/Rabu kul 11 pagi, haha.. Isnin/Khamis kul 930 sebab takdak pilihan. Setakat ni jala, masuk sem depan  nanti tak tau kot2 kena rombak balik ka, kes yang GMGA 3063. PENGURUSAN PERBANDINGAN tu la, takut sebab 1 subjek tu nak kena drop, habis kaco subjek2 lain, huhu, mintak tak la, jadual dah cantik dah..

Best masuk U, kita bebas tak macam budak sekolah, cuma UUM ni skema sikit la pakaian dia, macam Poli, formal, kalau UiTM bebas boleh pakai jeans p kelas. Bergantung pada pengurusan pihak universiti.

Pada adik2 yang baru habis SPM, STPM, DIPLOMA, SIJIL, buatlah pilihan yang terbaik, pilihla kos yang sesuai dengan jiwa dan mempunyai tempat di pasaran kerja nanti, jangan fikir skang fikir 3@4 tahun waktu habis study nanti, apa yang pasaran kerja perlukan saat tu, hidup ni perlukan perancangan, setelah itu barulah kita tawakal, Allah yang tentukan.

Satu contoh kat sini waktu kita ambik bidang A tahun 2000, bidang tu memang hangat dalam pasaran kerja, tapi apabila kita graduate pada 2004, bidang A dah takdak nilai dah dalam pasaran kerja, ini la maksudnya "jangan fikir skang fikir 3@4 tahun waktu habis study nanti".

Ok, moga sem depan aku dapat harungi dengan baik.
RESULT SEM 3?? Tak dapat lagi.. ;-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™