9 March 2013

Teringat kat abg~

banyak benda aku nak update, banyak sangat, tapi entahlah...

saat ni sekarang ni, dalam fikiran aku hanya teringatkan abang, serius teringat, otak aku putar2 fikirkan abang, aku tak boleh kol dia, tak boleh msej dia, inbox fb yang off, semalam malam terakhir aku dengar suara abang, abang singgah kat pelabuhan ambik barang, dalam 2,3 hari juga dapat mesej n kol dari abang, itu pun kjap2 ja, sebab bila abang masuk bilik, terus takdak line, semalam abang dah keluar dari pelabuhan untuk sambung kerja di tengah lautan,.;-( aku hanya mampu mendoakan abang dari jauh. 

kekadang terfikir, tak pa ka aku tulis camni, sikit2 tentang abang, sikit2 tentang apa yg aku rasa, bila aku sedar rupanya aku terlupa, ini la tujuan sebenar blog ini diwujudkan, bukan lah mengejar follower, bukanlah mengejar viewer, hanya sekadar blog peribadi umum tentang hati dan perasaan aku, anjur GA join GA adalah satu sampingan dalam bentuk penghargaan aku kepada blogger2 lain.

hati ni teringat abang, tapi bila fikir abang nak balik dalam seminggu lagi trus rasa ok. alhamdulillah kali ini aku tak seteruk dulu, aku masih mampu kawal emosi dan perasaan aku, mungkin abang tak pergi luar semenanjung, jadi aku sentiasa rasa dekat dengan abang walaupun abang jauh.

aku sayang abang, abang adalah seorang insan yg trlalu istimewa untuk aku, semakin aku mengenali abang semakin aku menyayanginya, ternyata 5 tahun tempoh perkenalan belum cukup untuk kita mengenali hati budi seseorang, benarlah kata orang tua2, kita takkan tahu perangai sebenar seseorang selagi kita tak makan sepinggan tidur sebantal. aku setuju dengan kenyataan itu. 

Moga jodoh kami kekal hingga ke syurga.hanya kami dan anak2 kami. amin..

*contact dengan L*** adalah satu perkara yg tersangat melukakan hati aku. 

1 comment:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tu salah satu cara nazirah luahkan dalam belog its ok what.....kita tulis apa yg kita nak :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™