20 July 2013

Luahan aku mengenai GA o segmen..

sumber
Sekadar luahan hati aku dan pendapat peribadi aku,

Ok, al kisahnya aku nak luah, 1st aku nak ngaku siap2, aku bukan lah blogger otai, 2nd, aku bukanlah blogger pemes yg punya ribuan follower, 3rd aku bukan lah blogger rajin yg salu update entry sebab bulan2 tertentu ja aku rajin, lagi apa lagi, tu ja kot.

Kat sini pendapat peribadi aku, sepanjang aku berkecimpung dalam dunia blog ni, apa yang aku tengok ada sesetengah blogger yang jadi penganjur GA o segmen salu x prepare dari awal, maksud aku, mengenai sponsor, ya, kebanyakkannya mengenai sponsor.

Luahan aku

Dah anjur GA berhari o berminggu , baru nak add new sponsor, stress aku dengan keadaan ni, yer la, kita dah join Ga tu, dah follow, add, like & ikut suma syarat yg di berikan, kekadang x ada masa nak jengah, tetiba bila buka page tu ada new sponsor, nasib baik jengah, klu x, mesti tak tau, kesian sponsor tu, kesian kita juga sebab x penuhi syarat, padahal masa join dah ikut suma syarat, penganjur plak mmg x akan rajin nak inform sorang2 pasai new update kan..

Pendapat aku

Buat persediaan lebih awal, kalau ada niat nak buat GA, buat persediaan lebih awal, cari sponsor lebih awal, ada tempoh untuk cari sponsor, ada tempoh untuk sponsor nak contact kita, dan ada perancangan bila nak anjur GA, aku tak nafikan RAMAI blogger yang sangat berdisiplin, buat aturan elok ja, cari sponsor, list kan sponsor, dan bila GA berlangsung entry tu yang yg melekat di situ sampailah GA tamat, xda nak tulis *new *new *new, aku hairan kenapa perlu terima sponsor SEMASA GA sedang berlangsung?

Aku memang hairan, kalau boleh aku nak tau kenapa perlu terima sponsor lagi SEMASA GA berlangsung? aku baru ada satu pengalaman anjurkan GA, satu pengalaman anjurkan segmen, jadi aku tak tau kenapa ada sesetengah blogger buat camtu, sebab tu aku jadi hairan, sebab sepanjang pemerhatian aku, ada ja blogger yang punya perancangan yg sangat rapi sebelum anjurkan satu2 GA..

Bukan aku ja berpendapat camni, akak ---> INI pun sependapat dengan aku.. Aku baca entry dia, dan memang betul apa yang terjadi tu. huhuhu

Jadi sesapa yang ada pengalaman tersebut, kongsi-kongsi la, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang aku tak tau...



5 comments:

Shad said...

ahaa.. shad tak berani lagi nak buat ga/segmen yang carik sponsor2 semua. Pernah buat simple ga dan segmen yang 100% hadiah dari shad sendiri.. setuju jugak, kenapa perlu ada new sponsor.. kalau maklumkan it's okey lah.. huhu.

IntaNBerliaN said...

yap betoi tu.. akak xsuka camtu.. pelik..

bg akak, kalau nak buat ga or apa2 je dlm hidup ni, harus ada perancangan...

Mummy MM said...

Stress giler follow semua sponsor yang banyak tahap gaban tapi tak menang pun giveaway. Lagi stress bila dah menang tapi sponsor tak respon. Then, ada satu masalah lagi. Pengajur cancelkan segmen. Bikin panas jark. Sebab tu saya malas jer nak join. Saya join segmen blogger yang rapat dengan saya saja.

QasehnyaRania said...

itu pasai ciksu tak brani nak buat GA besar2an. cukup sekdar dari diri sendiri apa yg termampu.

kadang2 keisna tau kat diri sendiri sbb nk kena follow semua bagai tu .huhu

Kekzamanis said...

Akak pun setuju dengan Nazirah.. Kadang naik heran napela nak terima sponsor baru lagi kalau dah GA tu dah berlangsung..Rasanya tak perlulah nak tamak kumpul sponsor ramai2.. Last2 ada sponsor cabut lari.. Ada sponsor tipu. Contact pun tak dapat.. Kalau si penganjur tu inform semua peserta yang ada penambahan sponsor boleh terima lagi walupun rasa agak menyusahkan.. Tapi kebanyakan penganjur memang takdenye nak inform peserta.. Sudahnya pernyertaan kita direject sebab tak penuhi syarat.. Tak adil lah macam tu kan? Kita dah penat2 buat entri promot blog dia kat readers kita, last2 penyertaan direject.. Ha, lagi satu akak bengang jenis yang anjur GA or segmen yang jenis letak target. Kalau penyertaan tak cecah target dia, ga or segmen tu dibatalkan. Lagi lah tak adil. Sebab tu kalau nak join GA ke segmen ke akak baca smpai abis dulu syarat2 dia.. Kalau ada syarat2 macam kat atas ni, memang bolayanlah jawabnya.. Huhu.. Ewah, panjang pulak komen kali ni.. Dah boleh buat entri baru ni.. Kohkohkoh.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™