6 March 2014

Abang dah sampai..

Alhamdulillah abang dah selamat sampai.. abang kol, esok pepagi abang akan bertolak ke laut, sebelum abang kol tadi, aku tengah layan cita, habis ja cita tu, ntah nape tetiba teringat kat abang, menitis laju ja air mata, kebetulan abang kol, macam tetahu ja..

Tak leh nak cakap ngan abang, asa sebak sangat, mungkin malam ni malam last abang akan kol aku sebelum tidur. Malam-malam akan datang abang dah kat tengah laut. Dah terbiasa akan mesej abang, then sebelum tidur abang wajib akan kol aku… Malam ni walaupun masih boleh contact, dah terasa sunyinya tanpa abang.. (T__T)

4 BULAN dengan abang, sejak tahu pregnant mana abang naik laut lagi, ni kali pertama, doakan aku kuat, macam ni la aku tiap kali abang naik laut, biar seribu kali naik pun perasaan tu tetap sama, Tuhan ja yang tau macam mana rasa sunyinya. Dan tiap kali tu juga aku akan teringat kak Nur, pemilik blog Mawar Nafastari, akak, betapa kuatnya akak hadapi hari mendatang tanpa dia di sisi, kuat dan cekalnya hati akak dalam menanggung rindu yang tak mampu lagi diungkap.



Ya Allah, lindungilah suamiku di lautan sana, permudahkan segala urusan dia, amin…

2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. semoga berkat kesabaran kalian bertambah erat kasih sayang tu.. jangan sedih2 ye awak... suami tu ke laut, cari rezeki buat kamu dan baby kat dalam tu ~~~

QasehnyaRania said...

aamiin.

kak nor tu isteri kepada pemilik buku yg nazirah bg kat ciksu tu kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™