11 August 2014

Ainul balik rumah

31/5 tepat jam 9.54pm, lahirlah puteri kami yang diberi nama Ainul Mardhiah, sempat aku tatap matanya yang bundar sebelum dia dibawa pergi dariku, sempat juga aku mencium pipinya yang halus sebelum kami terpisah hingga keesokannya.

Ahad 1/6 dari pagi ke tengah hari membawa ke petang, lambat sangat proses untuk bawa Ainul balik, Ainul kena tahan dekat NICU sebab ada masalah pernafasan, mungkin sebab dia tak nangis waktu diorang letak dia atas dada aku. Lewat juga sebab doc yang nak tandatangan tu ada hal, menyebabkan semua urusan tergendala, aku yang di dalam wad ternanti nanti, tak sabar sangat nak jumpa puteriku.

Hampir pukul 6 ptg baru la aku gi ambik Ainul di NICU, aku salin baju dia selimutkan dia, Ainul baik, sikit pun tak nangis. Ainul makan susu banyak sangat, bahagianya rasa, dalam kereta aku rasa badan Ainul panas, aku sangka itu suhu biasa bagi seorang bayi, aku sampai rumah maghrib time tu. Faiz, kakmas, Nabila, dan Anuar dah tunggu aku kat rumah, kawan U aku, diorang datang hari tu sebab Faiz nak balik Kelantan keesokannya. Terima kasih u all..

Malam tu malam pertama aku tidur dengan Ainul, baiknya dia, langsung tak nangis, merengek ja, tidur pun merengek, berak kencing langsung tak nangis, aku salin pampers pun tak nangis. Aku tak mandikan dia pun sebab dah malam.

Keesokannya, 2/6 pepagi lagi misi dah datang, mak aku pun datang juga, misi check suhu Ainul, misi gtau Ainul demam, suhu dia 38 darjah, aku mula risau, misi gtau suruh bawa Ainul ke klinik kesihatan Tunjang untuk pemeriksaan lanjut sekali dengan cek kuning.

Mak mandikan Ainul, sementara aku mandi dan bersiap. Abang xda waktu tu, abang g kja, jadi Izwan yang bawa kami ke klinik, adik Nasihah, adik Solehah n mak aku follow..


To be continue…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™