25 September 2014

Rancang nak buat MiniGA, Sponsor Di cari..;-)

Assalamulaikum.

Mini Giveway by Nazirahnyerr

Dengan ini di umumkan, Nazirahnyerr Blog akan mengadakan Mini Giveway, teringin nak buat sebab lama sangat tak buat, walaupun aku jarang2 update blog, pageview tetap ada, that’s mean masih ada yg sudi berkunjung ke blog aku..Alhamdulillah..

Kalau sapa yg follow perkembangan aku pasti tahu yang dulu setiap bulan aku akan buat keychain mini giveaway setiap 27hb iaitu tarikh ulang tahun perkahwinan aku, tapi sejak Ainul lahir aku tak lagi buat keychain miniGA. Maksudnya dah 5 bulan tak buat, jadi sementara aku tengah praktikal ni dan pejabat post ada kat bangunan ni, aku fikir lebih baik aku buat, kebetulan memang ada hadiah2 nya.hihi

Tapi………………..hadiahnya hanya biasa2 saja, sebab aku sediakan sendiri mengikut kadar kemampuan aku, penghargaan untuk semua yang sudi berkunjung ke blog aku.

Buat masa skang ada 5 hadiah, mungkin akan bertambah. Jadi kalau ada sesapa yang sudi nak jadi sponsor, bleh la pm aku kat fb (ada di side bar) syarat yg boleh dikenakan adalah follow blog dan like page sahaja.


Klu ada yang sudi nak sponsor, boleh pm aku cepat2, MiniGA ini dirancang akan berlangsung pada minggu depan, tarikh dan hari belum sure lagi, tapi sebelum hari Khamis, jadi untuk yang sudi nak sponsor boleh la PM selewatnya hari Isnin, sempat la aku nak edit dan draft apa yang patut nanti. TQ.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™