12 August 2015

27 weeks already..;-)

Mak Buyung 27 minggu
Pejam celik pejam celik, dah 27 minggu dah usia kandungan yg kedua ni, kejap ja kan masa berlalu. Minggu depan Selasa 18/8 dah scan untuk 7 bulan. Berat last timbang kat klinik desa 4/8 hari tu 47kg. Aku masih ada kuota 6.5kg lagi, sebab maximum berat untuk ibu hamil ada 12kg dari berat asal. Berat asal aku masa buka buku merah 41.5kg jerr, 12 minggu mengandung, Ainul 11 bulan...ngee..

Alhamdulillah masih lagi bekerja, 8am-5pm, sunday-thursday. Drive sendiri naik 'mini' pemberian abang. Nampak tak 'mini' aku yg kaler kelabu kat background tu, haha. Bukan si biru kat sebelah tu tau! x mampu lg..

Masih mampu lagi nak bershopping bagai, naik tangga tempat kerja 3 tingkat, 11 anak tangga x6, pergh, tengahari beli mkn siap2, memang tak turun dah..

Baby, masyaAllah, kekadang tendangan dia tu asa macam berhinggut badan, kuat kemain! Tak sabar nak tahu hero ka heroin, bila dah dah ada heroin ni mestilah nak hero kan, tapi perancangan Allah adalah yg terbaik, moga semuanya selamat dan sihat sudah, amin.



5 comments:

Mardiah Diana said...

salam singgah tengahari dik...wahh..mak buyong masih kuat sampai boleh naik tangga ke tingkat 3...semoga di permudahkan segalanya dik..

mommyfiqa said...

semoga semuanya selamat nanti..kita dah selamat dah..lagi seminggu bby dah masuk 2 bulan..

Inani Hazwani said...

Wahh semoga dipermudahkan urusan

ENA said...

Comey je perut..kecik je;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™