23 December 2016

7 Hari Mencintaiku

Lama tak jenguk blog. Habuk sekilo. Haha

Drama 7 hari mencintaiku dah melabuhkan tirai semalam. Happy ending, puas hati, semua ada ending dari watak sampingan sampailah watak utama. Camtu la kita nak. Ada setengah drama tu ending watak utama ja. Watak sampingan tah apa cerita, tergantung tak bertali. Tak puas hati betul. 

Pengajaran yg kita dapat dari drama ni banyak sangat. Tapi saya nak huraikan daei satu sudut ja. Ok. Semua orang tahu Mia dapat ibu mertua yg mulut super duoer longkang. Haha. Tapi adik ipar dia si Nad tu baik ngan dia. Helmi tu takyah cerita la. Geng sekutu mak dia. Tp lelaki ni ok sikit la. 

Ketahuilah tak semua kita ni bernasib baik. Macam Mia ADIK IPAR BAIK tapi MAK MERTUA PULAK MULUT LASER. Ada setengah tu dapat MAK MERTUA BAIK tapi ADIK/KAKAK IPAR PULAK MULUT LONGKANG, macam2 lagi la. Ada yg semua laser. Nasib badan la kan. Ingat satu benda ja. Kita pun akan jadi kak ipar kepada isteri atau suami adik2 kita. Kita akan jadi adik ipar kepada suami atau isteri abg dan kakak kita, kita juga akan jadi mertua kepada suami atau isteri anak2 kita. Kita juga akan berkahwin dan mempunyai mertua serta ipar duai. Hidup ni ada kifarahnya, apa kita buat kat orang ada balasan baik buruknya. 

Cth hari ni kita layan kakak ipar kita lebih kurang sering sakitkan hati dia. Kata dia macam2, one day bila kita kawin ada adik ipar, then adik ipar tu buat macam mana kita buat kat kak ipar kita dulu. Time tu kita akan tahu balasan Allah telah tiba. What u give u will get back. Jagalah silaturahim baik2. Hormati yg lebih tua..

Sekian hakak bebel. Tq sudi baca.

No comments:

Post a Comment